PETALING JAYA: Syarikat penerbangan negara Malaysia Airlines memperbaharui perjanjian agihan dengan Travelport dalam mengembangkan lagi perkongsian kedua-dua syarikat berkenaan. Travelport dalam kenyataan berkata, kedua-dua pihak telah mencapai tempoh pembaharuan perjanjian berbilang tahun bagi membawa kandungan Malaysia Airlines kepada pelanggan Travelport seluruh dunia. Jelasnya, melalui perjanjian kandungan pelbagai sumber baharu yang diperluaskan itu, pelanggan Travelport dapat mengakses kandungan keupayaan pengedaran baharu (NDC) syarikat penerbangan melalui platform peruncitan pelancongan generasi masa depan,…










