KUALA LUMPUR: Mahkamah Bermuda pada 7 Oktober lalu mengarahkan Genting Hong Kong Ltd (Genting HK) bersama anak syarikat tidak langsung bukan milik penuhnya, Dream Cruises Holding Ltd dibubarkan. Perintah berkenaan merupakan sebahagian daripada rancangan pembubaran kumpulan perkapalan itu selepas berdepan kesan sekatan pergerakan global disebabkan pandemik Covid-19 yang bermula awal 2020. Dalam makluman kepada Bursa Saham Hong Kong (HKEX) pada Isnin, wakil daripada Alvarez & Marsal mengumumkan bagi pihak kumpulan…










