Kedai Emas Armel buka cawangan di JB - Utusan Malaysia

Kedai Emas Armel buka cawangan di JB

ENNY SUHAILIS SULEIMAN (tiga dari kanan) merasmikan Kedai Emas Armel di Bandar Baru Uda, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kedai Emas Armel yang menawarkan harga emas terendah dalam pasaran merasmikan pembukaan cawangan baharu di Bandar Baru Uda, di sini.

Pengurus Cawangan itu, Nur Hafizatul Imani Bakri berkata, sempena pembukaan cawangan kedua tersebut, pihaknya menawarkan barangan kemas pada harga RM235 bagi setiap gram, jauh lebih rendah berbanding harga pasaran semasa.

“Di Kedai Emas Armel ini, pelbagai produk barangan kemas, khususnya melibatkan aksesori wanita boleh diperoleh, antaranya rantai, gelang, loket, cincin dan subang.

“Selain menampilkan rekaan terkini, kami turut menawarkan pelbagai produk dengan rekaan tersendiri yang pasti menjadikan barangan kemas tersebut unik dan sukar didapati di tempat lain.

“Selain emas 916, kami juga menjual barangan kemas lain termasuk aksesori perak dan berlian,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Tambah Nur Hafizatul Imani, produk yang dijual juga berpatutan dan boleh dinilai oleh semua golongan kerana mereka menawarkan pelbagai barang kemas pada harga terbaik.

“Hanya dengan RM300, orang ramai boleh memiliki loket, cincin atau subang yang diperbuat daripada emas tulen dengan rekaan terkini yang menyerlahkan lagi keperibadian pemakainya,” jelasnya.

Majlis pembukaan cawangan baharu itu disempurnakan Pengarah Pembangunan Wanita Negeri Johor, Enny Suhailis Suleiman.

Sementara itu, pihak pengurusan Kedai Emas Armel pula memaklumkan, cawangan berkenaan merupakan cawangan kedua selepas cawangan pertama di Shah Alam, Selangor tahun lalu.

“Walaupun jenama Kedai Emas Armel baharu dilancarkan tahun lalu, namun kita mempunyai perancangan untuk terus melebarkan lagi cawangannya di seluruh negara.

“Selepas Shah Alam dan Johor Bahru, kita akan membuka  cawangan di Pulau Pinang dalam masa terdekat dan menyasarkan tiga lagi cawangan baharu pada tahun depan, antaranya di Ipoh, Kuantan dan Cheras,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya