PETALING JAYA: Pengeluar komponen komposit pesawat, Composites Technology Research Malaysia Sdn Bhd (CTRM ) telah menerima Anugerah Kecemerlangan Kualiti daripada Spirit AeroSystems Inc. (Spirit), pengeluar struktur aero terbesar di dunia untuk kapal terbang komersial, platform pertahanan dan jet perniagaan serantau. Anugerah itu diumumkan di Simposium Pembekal Spirit 2022 yang berlangsung di Ibu Pejabat Spirit di Wichita, Kansas, Amerika Syarikat baru-baru ini. Anugerah tahunan tersebut mengiktiraf pembekal-pembekal global yang mempamer prestasi luar biasa dan mencipta nilai untuk perniagaan. Tahun ini, sebanyak 15 pembekal telah diiktiraf dalam pelbagai kategori daripada inovasi produk,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya