KUALA LUMPUR: Cradle Fund Sdn. Bhd. (Cradle), agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), telah meluluskan permohonan 28 syarikat pemula (startup) untuk tiga kumpulan pertama di bawah program CIP Spark & CIP Sprint berjumlah RM8.24 juta sehingga September 2022. Dilancarkan pada Mac tahun ini, kedua-dua geran bersyarat itu telah diperuntukkan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) dengan misi menyokong perkembangan holistik dan pengkomersilan startup melalui pelbagai servis nilai…










