BSN umum tiga lagi jutawan BSN SSP - Utusan Malaysia

BSN umum tiga lagi jutawan BSN SSP

BANK Simpanan Nasional (BSN).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bank Simpanan Nasional (BSN) mengumumkan jutawan ke 78, 79 dan 80 bagi Cabutan Istimewa BSN Sijil Simpanan Premium (BSN SSP) pada Julai, Ogos dan September.

Ketua Eksekutif BSN, Jay Khairil berkata, tahun ini, BSN masih mengekalkan cabutan istimewa yang menawarkan hadiah RM1 juta untuk setiap bulan. 

“Ini bermakna sepanjang tahun ini, seramai 12 orang penyimpan BSN SSP bakal memenangi RM1 juta menjadikan pada penghujung tahun nanti seramai 83 orang jutawan bakal dilahirkan menerusi kempen BSN SSP sejak ia dimulakan.

“Sehingga Ogos lalu, BSN SSP terus mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai dengan jumlah simpanan dicatatkan sebanyak 4.8 bilion ringgit,” katanya dalam kenyataan. 

Jutawan BSN SSP ke-78 merupakan seorang pesara berusia 63 tahun merupakan anak watan Pulau Mutiara yang telah menyimpan secara konsisten dalam BSN SSP sebelum dinobatkan sebagai jutawan tersebut. 

Jutawan BSN SSP ke-79 juga adalah seorang pesara berumur 79 tahun, berasal dari Melaka yang telah menyimpan dalam BSN SSP sejak 2021. 

Melalui hadiah kemenangannya, beliau berazam untuk melakukan infaq dan mengagihkan bantuan kepada yang memerlukan dan selebihnya disimpan semula dalam BSN SSP agar berpeluang memenangi pelbagai hadiah lumayan lain yang ditawarkan.

Sementara itu, jutawan BSN SSP yang ke-80 merupakan seorang kakitangan kerajaan berusia 52 tahun yang berasal dari Perak.

Beliau menyimpan dalam BSN SSP sebagai pelaburan untuk masa hadapan keluarga. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya