Bajet 2023 bukti kerajaan serius pulihkan ekonomi - Utusan Malaysia

Bajet 2023 bukti kerajaan serius pulihkan ekonomi

PENGESAHAN Fitch Ratings mencerminkan keyakinan terhadap pentadbiran kerajaan dan kekuatan pemulihan ekonomi Malaysia serta daya tahan negara di tengah-tengah landskap global yang tidak menentu dan sangat mencabar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bajet 2023 berjumlah RM372.3 bilion yang merupakan peruntukan belanjawan terbesar dalam sejarah menunjukkan kerajaan serius untuk memastikan ekonomi negara berada dalam posisi terbaik, tahun depan.

Penganalisis Ekonomi UniKL Business School, Prof. Madya Dr. Aimi Zulhazmi Abdul Rashid berkata, peruntukan yang RM40 bilion lebih tinggi daripada Bajet 2022 itu diperlukan untuk membantu ekonomi negara pulih sepenuhnya terutama sektor perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

Aimi Zulhazmi

“Ia juga penting bagi memastikan ekonomi domestik terus menjadi enjin tahun hadapan apabila kita dijangka menghadapi kemelesetan ekonomi global.

“Secara keseluruhannya ia adalah belanjawan yang meliputi rakyat di semua lapisan dengan peningkatan subsidi yang lebih banyak, sesuai dengan situasi ekonomi semasa,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Menurut beliau, pengurangan cukai pendapatan individu turut membantu memberikan suntikan tunai kepada satu juta pembayar cukai, sekali gus  meringankan belanja isi rumah akibat kenaikan kadar inflasi.

“Selain itu, lebih RM100 bilion diperuntukan kepada PMKS melalui bantuan geran dan pinjaman yang menunjukkan kepentingan sektor ekonomi ini kepada peningkatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.

“Selain itu, keutamaan turut diberikan kepada sektor pelancongan yang mendapat peruntukan besar dalam usaha membangunkan kembali sektor yang penting ini.

“Ia penting kerana industri pelancongan boleh menarik banyak mata wang asing seterusnya membantu semula dalam menguatkan mata wang tempatan,” ujarnya.

Bagi melancarkan lagi pemulihan PMKS, beliau berkata, mereka harus mempergiat momentum pendigitalan mengikut perkembangan teknologi walaupun perniagaan secara fizikal sudah dipraktikkan.

“Kerajaan juga tidak melupakan golongan M40 kali ini apabila memberikan bantuan langsung sama ada dalam bentuk tunai atau pengurangan cukai pendapatan sebanyak dua peratus,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya