SYDNEY: Kerajaan Australia sedang berusaha untuk bekerjasama dengan pelabur institusi dan dana pencen bagi membina lebih banyak rumah sewa mampu milik di negara itu. Kerajaan akan membelanjakan A$350 juta (RM1.05 bilion) untuk membina 10,000 rumah dalam tempoh lima tahun mulai 2024, menurut kenyataan yang dikeluarkan menjelang belanjawan Persekutuan pada Selasa, lapor Bloomberg. Menurutnya, pembiayaan itu bertujuan untuk memberi insentif kepada beberapa pelabur terbesar negara untuk menyokong projek dalam usaha merapatkan…










