U Mobile tidak teruskan pilihan pelaburan dalam DNB

U Mobile tidak teruskan pilihan pelaburan dalam DNB

U MOBILE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: U Mobile telah memutuskan ia tidak akan meneruskan pilihan pelaburan dalam Digital Nasional Berhad (DNB).

Keputusan itu dicapai setelah syarikat telekomunikasi itu mengadakan perbincangan yang meluas mengenai perkara itu dan selepas mengambil kira terma pelaburan seperti yang sedia ada.

Menurut syarikat itu, ia percaya akan memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat Malaysia dengan fokus kepada kekuatannya dalam menyediakan sambungan dan perkhidmatan digital yang inovatif dan tiada tandingan, yang akan merealisasikan potensi penuh teknologi 5G.

“Keputusan syarikat untuk tidak melabur dalam DNB tidak menjejaskan keupayaan kami untuk menyediakan perkhidmatan 5G kepada pelanggan kerana akses kepada infrastruktur rangkaian 5G DNB ditadbir oleh perjanjian akses berasingan, yang tidak dikaitkan dengan pelaburan ekuiti dalam DNB.

“U Mobile, bersama-sama syarikat telekomunikasi lain, sedang dalam perbincangan untuk memuktamadkan perjanjian akses 5G dengan DNB.

“Sebaik sahaja ia dimuktamadkan dan ditandatangani, akses 5G DNB apabila digabungkan dengan rangkaian 4G sedia ada U Mobile akan membolehkan pelanggan U Mobile menikmati pengalaman sambungan yang benar-benar lancar,” katanya dalam kenyataan.

Ujarnya, U Mobile mempunyai kepercayaan penuh bahawa DNB akan mengikut jadual untuk penggunaan infrastruktur rangkaian 5G yang berkualiti dan ia akan melaksanakan mandat kerajaan untuk menyediakan liputan dan kapasiti 5G secara borong atas dasar saksama dan tiada diskriminasi melalui perjanjian akses 5G.

“U Mobile telah menguji perkhidmatan 5G dan mengharapkan pelanggan dapat menikmati faedah penuh 5G dengan produk dan perkhidmatan sedia 5G kami tidak lama lagi,” katanya.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×