Rizab antarabangsa BNM AS$106.3 bilion pada 15 September

Rizab antarabangsa BNM AS$106.3 bilion pada 15 September

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$106.3 bilion (RM486.69 bilion) pada 15 September 2022 berbanding AS$108.2 bilion, 30 Ogos lalu.

Menurut BNM, paras rizab itu memadai untuk membiayai 5.3 bulan import barangan dan perkhidmatan, dan 1.0 kali jumlah hutang luar negara jangka pendek.

“Komponen utama rizab antarabangsa ialah mata wang asing sebanyak AS$93.9 bilion (RM429.92 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa AS$1.3 bilion (RM5.95 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) AS$5.7 bilion (RM26.10 bilion), emas AS$2.3 bilion (RM10.53 bilion) dan aset lain AS$3.1 bilion (RM14.19 bilion).

“Aset itu merangkumi emas, pertukaran mata wang asing dan rizab-rizab lain termasuk SDR (RM467.81 bilion), kertas Kerajaan Malaysia (RM12.12 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM218.76 juta) pinjaman dan pendahuluan (RM23.64 bilion), tanah dan bangunan (RM4.14 bilion) dan aset lain (RM41.33 bilion),” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, bank pusat itu memberitahu, modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM157.28 bilion), mata wang dalam edaran (RM157.44 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM167.85 bilion), deposit Kerajaan Persekutuan (RM13. 69 bilion), deposit lain (RM12.14 bilion), kertas Bank Negara (RM8.4 bilion), peruntukan SDR (RM28.25 bilion) dan liabiliti-liabiliti lain (RM4.1 bilion). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN