PETALING JAYA: Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) jalin kerjasama dengan dua entiti dari Jepun untuk sama-sama meneruskan matlamat kelestarian dan mencapai neutral karbon menjelang 2050. Syarikat minyak dan gas negara itu menandatangani memorandum kerjasama (MoC) dengan Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri (METI) Jepun serta memorandum persefahaman (MoU) dengan Japan Bank for International Cooperation (JBIC). Menurut Petronas, MoC dengan METI bertujuan meningkatkan kerjasama antara Petronas dan Jepun dalam pembangunan serta penggunaan sumber tenaga dan teknologi untuk mencapai peralihan tenaga pragmatik. MoU bersama JBIC menumpukan pada meluas dan meningkatkan kerjasama dua hala antara…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya