Petronas, Pasukan F1 Mercedes lanjut kerjasama

Petronas, Pasukan F1 Mercedes lanjut kerjasama

TENGKU Muhammad Taufik Tengku Aziz (dua kiri) bersama Toto Wolff (dua kanan), Lewis Hamilton (kiri) dan George Russell dalam sidang akhbar pembaharuan hakmilik dan perkongsian teknikal antara Petronas dan Pasukan F1 Mercedes-AMG Petronas di Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pasukan F1 Mercedes-AMG Petronas telah memperbaharui Perkongsian Gelaran dan Teknikalnya dengan  Petronas mulai 2026 hingga 2030.

Peraturan baharu enjin F1 yang akan bermula pada 2026, melibatkan enjin jentera F1 bakal menggunakan bahan api yang dihasilkan daripada biofuel.

Justeru, bahan api berasaskan petroleum tidak akan dibenarkan sama sekali.

Oleh itu, Petronas mengambil langkah untuk melanjutkan kerjasama bersama pasukan berpangkalan di Brackley, United Kingdom untuk membangunkan bahan api terbaik.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pasukan, Toto Wolff berkata, pihaknya melakukan sesuatu yang agak luar biasa iaitu mengumumkan perkongsian yang akan bermula dalam masa empat tahun lagi.

“Perkongsian itu menyampaikan mesej penting iaitu kami dan Petronas bukan sekadar rakan kongsi tetapi kami adalah keluarga dan akan menjadi satu pasukan untuk beberapa tahun akan datang.

“Mulai 2026, bahan api mampan termaju akan menjadi teras prestasi F1 dan itu memberi kami peluang hebat untuk menunjukkan kepakaran kami dalam domain ini, melalui kedua-dua unit kuasa dan Petronas Fluid Technology SolutionsTM,” katanya dalam sidang akhbar yang di sini, semalam.

Sejak 2010, perkongsian itu diasaskan atas cita-cita bersama untuk mencapai prestasi bertaraf dunia.

Mercedes telah memenangi gelaran pembina F1 sebanyak lapan kali sejak bekerjasama dengan Petronas pada 2010.

Kejayaan itu telah disokong dan didayakan oleh inovasi teknikal yang berterusan.

Menerusi pengalaman itu, Petronas membangunkan cecair peneraju kelas untuk pengguna di seluruh dunia, iaitu baham api Petronas Primax, minyak enjin Petronas Syntium dan cecari berfungsi Tutela Petronas.

Sementara itu, Presiden dan Pegawai Eksekutif Petronas, Datuk Tengku Muhammad Taufik berkata, perjanjian itu membuktikan keyakinan Petronas dan Pasukan F1 Mercedes-AMG Petronas.

“Sinergi dan cita-cita kami akan memberi laluan untuk menyediakan tenaga yang lebih bersih dan lebih mampan kepada sukan ini dan pelanggan kami secara bertanggungjawab.

“Berikutan pengalaman terkumpul sebagai satu pasukan sejak sedekad lalu dan keupayaan teknikal serta kepakaran yang diperoleh daripada gabungan bakat kami, Petronas berharap untuk melakar bab seterusnya dengan tumpuan kepada bahan api mampan termaju untuk Mercedes dan pasukan pelanggannya.

“Bersama-sama rakan kongsi kami, Petronas akan terus membangunkan Fluid Technology Solutions kami menerusi tawaran inovatif,” katanya.

Kini, selaras dengan peraturan tahun ini, Petronas menyokong Mercedes dan pasukan pelanggannya dengan bahan api E10 mampan termaju, yang terdiri daripada 10 peratus etanol E10 berasaskan generasi kedua bukan makanan, yang mengurangkan pelepasan karbon dioksida secara keseluruhan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN