PETALING JAYA: Petronas Chemicals Group Berhad (PCG) dan ExxonMobil bekerjasama meneliti potensi dalam penerapan teknologi pengitaran semula plastik maju yang berskala besar bagi membantu mewujudkan ekonomi sirkular untuk plastik di Malaysia. Kedua-dua syarikat juga akan menilai peluang untuk menyokong penambahbaikan dalam pengutipan dan pengasingan sisa plastik di negara ini. Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PCG, Ir. Mohd. Yusri Mohamed Yusof berkata, PCG sentiasa menerokai dan melaksanakan teknologi inovatif untuk…










