Lazada anjur Jualan 9.9 

Lazada anjur Jualan 9.9 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lazada Malaysia menganjurkan acara tahunan iaitu Jualan 9.9 bermula 9 hingga 11 September ini.

Sepanjang tempoh itu, para pelanggan boleh merebut tawaran dan promosi dari ribuan jenama dan peniaga dengan pembelian yang lebih berbaloi menerusi ciri Program Keahlian LazMall Store (LazMall Store Membership Programme) dan Cuba & Beli, serta baucar penghantaran percuma.

Menurut Lazada, pelanggan juga boleh membeli produk buatan Malaysia dari peniaga tempatan untuk menyumbang kepada inisiatif Sapot Lokal x Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) demi menjana pertumbuhan ekonomi Malaysia.

Jelasnya, dengan LazMall Store Membership, para pelanggan akan memperolehi mata ganjaran menarik apabila mendaftar sebagai ahli serta akses kepada baucar ahli eksklusif untuk menikmati penjimatan berganda dengan jenama yang mengambil bahagian.

“Bagi pelanggan yang ingin mencuba produk tertentu sebelum membeli produk bersaiz penuh, mereka boleh menggunakan ciri Try & Buy untuk membeli produk percubaan pada harga serendah RM0.30.

“Bagi yang membeli produk bersaiz penuh tanpa mencuba, mereka boleh menikmati diskaun tambahan daripada jenama tersebut,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Perniagaan Lazada Malaysia, Chenxi Zhou berkata, Lazada sentiasa mencari cara terbaharu yang dapat mencetuskan keterujaan di kalangan para pelanggan dengan aktiviti berciri eksperiensial, lantas memberikan mereka pengalaman membeli belah yang lebih mengasyikkan.

“Menerusi kolaborasi dengan jenama dan para peniaga, bagi jualan 9.9 kali ini kami berusaha untuk memaparkan kelainan dengan promosi dan program beli-belah yang menarik bagi pelanggan Malaysia, sementara menawarkan keseronokan yang menghiburkan dengan Mega Show kami.

“Saya amat teuja untuk meraikan suatu lagi edisi 9.9, di samping memacu dan merangsang pertumbuhan rakan jenama dan para peniaga kami,” katanya.

Sepanjang Jualan 9.9, setiap pelanggan boleh mengumpul sebanyak 10 baucar penghantaran percuma yang akan dikeluarkan dan diperbaharui setiap hari. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×