Layak terima caruman siling gaji baharu bermula September - Utusan Malaysia

Layak terima caruman siling gaji baharu bermula September

MOHAMMED AZMAN AZIZ MOHAMMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Faedah caruman siling gaji baharu bawah pindaan Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) dan Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800) layak diterima pencarum Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bermula 1 September meskipun caruman hanya akan bermula pada Oktober. 

Ketua Eksekutif Perkeso, Datuk Seri Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata, faedah sama juga boleh diterima oleh pekerja baharu yang mula bekerja pada tarikh sama. 

Katanya, ini berikutan jaringan keselamatan sosial adalah termaktub bawah akta sedia ada yang berkuatkuasa pada tarikh tersebut. 

“Meskipun dikuatkuasakan bermula 1 September, caruman biasanya akan dibayar pada Oktober. Namun begitu, jika berlaku kematian pada 1 September, faedah yang akan diterima adalah berdasarkan faedah yang baharu walaupun caruman belum dibayar. 

“Begitu juga jika seorang pekerja diterima bekerja pada 1 September dan dicarum pada Oktober.  Jika dalam perjalanan dia pergi kerja dengan surat tawaran, individu tersebut kemalangan dan meninggal, dia layak menerima faedah yang ada bawah Perkeso,” katanya  ketika ditemui di Menara Perkeso, dekat sini semalam.

Sementara itu, Mohammed Azman berkata, penguatkuasaan pindaan itu membolehkan caruman bagi pekerja yang bergaji RM4,000 ke atas akan menerima faedah yang lebih baik jika berlaku kemalangan, kematian, hilang upaya dan sebagainya. 

“Sebelum ini, jika pencarum mengalami kemalangan dan meninggal dunia, pekerja yang bergaji lebih RM4,000, contohnya gaji RM5,000 sebulan, hanya boleh terima 90 peratus maksimum daripada RM4,000 iaitu waris akan terima RM3,600 sebulan.

“Namun, dengan peningkatan kepada RM5,000, manfaat diterima adalah RM4,500,” ujarnya.

Pindaan Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) dan Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800) melibatkan peningkatan had siling gaji bagi maksud caruman daripada RM4,000 kepada RM5,000 sebulan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya