Haily dapat kontrak RM17.5 juta daripada Mah Sing

Haily dapat kontrak RM17.5 juta daripada Mah Sing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Syarikat pembinaan Haily Group Berhad (Haily) memenangi kontrak bernilai RM17.5 juta daripada Mah Sing Group Bhd. untuk membina 108 kediaman bertanah bagi perbandaran intergrasi terbesarnya di Gerbang Timur Iskandar Malaysia.

Kontrak baharu itu menandakan keyakinan Mah Sing terhadap kualiti kerja Kumpulan dan rekod prestasinya.

Menurut Haily, anak syarikat milik penuhnya, Haily Construction Sdn. Bhd. telah menerima Surat Anugerah (LoA) daripada Meridin East Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Mah Sing pada 7 September 2022, untuk pembinaan Parcel 2H3 Meridin, melibatkan pembinaan 108 unit rumah teres dua tingkat bersaiz 18’ x 70’ di Plentong, Johor.

Jelasnya, projek pembinaan akan mengambil masa selama 16 bulan, dengan tarikh mula akan dimaklumkan oleh Pegawai Penguasa projek.

“Kontrak ini adalah “Kontrak Harga Tegas” dan tidak akan tertakluk kepada sebarang turun naik kos selain daripada perubahan yang dibenarkan di bawah syarat kontrak,” katanya dalam kenyataan.

Mengulas pencapaian itu, Pengasas dan Pengarah Eksekutif Haily Group, See Tin Hai berkata, ia satu pencapaian bagi Kumpulan yang memberi tumpuan kepada mengukuhkan statusnya untuk berada di barisan hadapan kontraktor terkemuka di Johor.

“Kami amat berterima kasih menerima LoA daripada Mah Sing, salah satu pemaju hartanah terbesar negara. Pencapaian ini sejajar dengan pertumbuhan masa depan kami untuk mengukuhkan lagi kedudukan kami dalam industri pembinaan,” katanya.

Kata beliau, melangkah ke hadapan, Kumpulan menjangkakan prestasi akan didorong oleh projek pembinaan sedia ada yang sedang berjalan serta projek pembinaan baharu yang dijangka akan diperoleh.

“Kumpulan berpendapat bahawa keputusan kewangannya untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 akan kekal menggalakkan.”

“Dengan pemerolehan pekerjaan terkini, buku pesanan kami terdiri daripada 24 projek yang sedang berjalan dengan jumlah nilai kontrak RM578.12 juta, yang dijangka siap secara berperingkat antara 2022 dan 2024,” tambahnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN