FAMA, PayNet jalin kerjasama strategik pendigitalan

FAMA, PayNet jalin kerjasama strategik pendigitalan

FIRDAUS Ghani (kiri) dan Abdul Rashid Bahri bertukar dokumen kerjasama staragik pendigitalan di Kuala Lumpur, kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menjalin kerjasama strategik pendigitalan pembayaran dengan Payments Network Malaysia Sdn. Bhd. (PayNet) dalam usaha memberi pelbagai manfaat kepada usahawan.

Menurut FAMA, kerjasama itu untuk mentransformasi usahawan-usahawan naungan FAMA ke arah pembayaran secara digital atau tanpa tunai dengan memberikan fokus terhadap Agrobazaar Kedai Rakyat, usahawan Industri Makanan & Asas Tani (IMAT), Agrobazaar Kshopee, dan Agrobazaar R&R di seluruh negara.

“FAMA menyasarkan seramai hampir 4,700 usahawan bimbingan di seluruh negara bakal menikmati kemudahan e-pembayaran ini.

“Di samping kemudahan kepada pengguna baru e-pembayaran, insentif dipanjangkan kepada para peniaga FAMA yang telah mendaftar untuk menerima kaedah pembayaran menggunakan kad ATM MyDebit atau DuitNow QR bagi menggalakkan penggunaan kemudahan e-pembayaran tersebut,” katanya dalam kenyataan.

Mengulas kerjasama itu, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) FAMA, Abdul Rashid Bahri berkata, seiring dengan perkembangan teknologi dan perkembangan luang pasaran, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) juga telah mewujudkan portal Agrobazaar Online (ABO) iaitu sebuah platform e-dagang pemasaran maya produk pertanian dan agro-makanan yang menemukan pengeluar, pengilang, pembekal dan pengguna.

Jelas beliau, portal itu diuruskan sepenuhnya oleh FAMA.

“Sehingga Ogos 2022, seramai 7,910 usahawan dan 20,570 SKU produk telah didaftarkan dengan nilai transaksi terkumpul sebanyak RM9.6 juta,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Bahagain Libat Urus PayNet, Firdaus Ghani berakta, bagi mendukung aspirasi pendigitalan itu, PayNet sebagai rakan strategik FAMA akan bertindak sebagai pemudah cara migrasi para usahawan FAMA kepada e-Pembayaran.

Katanya, ia akan dilaksanakan melalui pendaftaran usahawan untuk menerima bayaran menggunakan DuitNow QR dan MyDebit, seterusnya melonjakkan penglibatan mereka ke dalam ekonomi digital negara ini.

“Selain itu, sebagai tanda komitmen kami, PayNet akan menyalurkan bantuan dan sokongan kepada FAMA dan usahawannya dalam bentuk insentif kepada usahawan dan Pejabat FAMA Negeri/Daerah, sokongan kempen pemasaran dan juga tajaan bagi
program jerayawara (roadshow) atau majlis yang dianjurkan pihak FAMA,” ujar beliau. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×