PETALING JAYA: Celcom Axiata Berhad (Celcom) dan Allo Technology Sdn. Bhd. (Allo), iaitu subsidiari milik penuh Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk meneroka kerjasama bagi pelaksanaan dan pembangunan perkhidmatan berkaitan telekomunikasi. Ia memberi fokus kepada aspek gentian (fiberisation), daya tahan rangkaian, kesalinghubungan, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), internet kebendaan (IoT), 5G dan penyelesaian pintar. Kerjasama itu juga akan mempercepatkan pembangunan bandar pintar dan mewujudkan masa depan…










