Bank Dunia semak unjuran pertumbuhan Asia Timur

Bank Dunia semak unjuran pertumbuhan Asia Timur

BANK Dunia menurunkan unjuran pertumbuhan Asia Timur berikutan kelembapan ekonomi China yang menutup sektor ekonomi bagi mengekang penularan Covid-19 di negara itu. – AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA: Pertumbuhan ekonomi di Asia Timur dan Pasifik akan melemah secara mendadak pada 2022 berikutan kelembapan China, tetapi kadar pengembangan akan meningkat tahun depan, menurut Bank Dunia.

Pemberi pinjaman yang berpangkalan di Washington itu berkata, ia menjangkakan pertumbuhan 2022 di rantau Asia Timur dan Pasifik, termasuk China, akan perlahan kepada 3.2 peratus, turun daripada unjuran 5.0 peratus pada April dan pertumbuhan tahun sebelumnya sebanyak 7.2 peratus.

“Ramalan yang lebih lemah disebabkan terutamanya oleh kelembapan mendadak di China, berikutan peraturan ketat sifar-Covid yang telah mengganggu pengeluaran perindustrian, jualan domestik dan eksport,” katanya dalam laporan.

China, yang membentuk 86 peratus daripada pengeluaran ekonomi wilayah 23 negara, diunjurkan berkembang hanya 2.8 peratus tahun ini. Pada 2021, ekonomi China berkembang 8.1 peratus, pertumbuhan terbaik­nya dalam satu dekad.

Untuk tahun depan, ekonomi kedua terbesar dunia itu dilihat berkembang pada 4.5 peratus.

“Ketika mereka bersedia untuk pertumbuhan global yang perlahan, negara harus mena­ngani herotan dasar domestik yang menjadi penghalang kepada pembangunan jangka panjang,” kata Naib Presiden Bank Dunia Asia Timur dan Pasifik, Manuela Ferro dalam kenyataan.

Menurut Bank Dunia, satu lagi risiko kepada unjuran rantau ini ialah kenaikan agresif kadar faedah yang dijalankan oleh bank pusat di seluruh dunia untuk memerangi inflasi yang melambung tinggi.

“Ini telah menyebabkan ali­ran keluar modal dan susut nilai mata wang,” ujarnya.

Agensi bantuan pelbagai hala itu memberi amaran kepada pembuat dasar tentang me­ngenakan kawalan harga melalui subsidi, memberi amaran langkah ini hanya akan memanfaatkan golongan kaya dan menjauhkan perbelanjaan kerajaan daripada infrastruktur, kesihatan dan pendidikan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×