KUALA TERENGGANU: Anak syarikat kerajaan negeri, TDM Berhad merekodkan hasil pendapatan berjumlah RM159.4 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2022 iaitu peningkatan 44 peratus daripada RM111 juta dalam tempoh sama tahun lalu. Menurut Pengarah Eksekutifnya, Najman Kamaruddin, pada suku dilaporkan, TDM Berhad mencatatkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM4.7 juta setelah mengalami kerugian RM1.4 juta pada 2021. Beliau berkata, peningkatan itu didorong kenaikan pendapatan tahun ke tahun iaitu 70 peratus…










