Renault Zoe masuki pasaran Malaysia

Renault Zoe masuki pasaran Malaysia

MODEL Renault Zeo yang menggunakan pemanduan elektrik sepenuhnya, kini dibuka untuk tempahan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: TC Euro Cars (TCEC), pemegang francais tunggal kenderaan jenama Renault di Malaysia, mengumumkan ketibaan model baharu Renault Zoe dan terbuka untuk pendaftaran.

Menurut syarikat itu, orang ramai boleh mengunjungi bilik pameran utama Renault di Jalan Kemajuan Seksyen 13 dekat sini untuk melihat secara dekat kenderaan berkenaan.

Jelasnya, Renault Zoe generasi terbaharu menawarkan keseronokan pemanduan elektrik 100 peratus, dengan peningkatan kuasa dan jarak.

“Pelbagai tambah baik dari segi kejuruteraan dan teknologikal bersama gaya Perancis yang tersendiri, Zoe baharu nyata lebih menarik.

“Sejak pengeluaran massa dilancarkan pada 2012, Renault Zoe terus memenangi hati pemandu dengan hampir 380,000 unit telah terjual sehingga penghujung Mei 2022,” jelasnya dalam kenyataan.

Bagi pasaran Malaysia, Zoe ditawarkan dalam dua varian iaitu R110 dan R135 dengan konfigurasi motor yang berbeza.

Tambahnya, dengan rangkaian kuasa yang telah dinaik taraf, ia menjanjikan pengalaman pemanduan yang lancar dan responsif.

“Ditawarkan pada harga RM163,000 , Zoe R110 baharu menawarkan kuasa maksimum 80kW dan tork 225Nm untuk pemanduan yang cekap.

“Sementara itu, Zoe baharu R135 yang lebih berkuasa menawarkan kuasa 100kW dan tork maksimum 245Nm. Harga rasmi untuk Zoe R135 baharu masih belum ditetapkan tetapi dijangka sekitar RM175,000,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN