Powerwell catat pertumbuhan perolehan RM23.8 juta

Powerwell catat pertumbuhan perolehan RM23.8 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Powerwell Holdings Bhd (Powerwell) mencatatkan pertumbuhan perolehan sebanyak RM23.8 juta pada suku pertama tahun kewangan berakhir 31 Mac 2023, naik 59.7 peratus berbanding RM14.9 juta yang direkodkan bagi tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Pendapatan yang lebih tinggi tersebut dipacu terutamanya oleh jualan yang lebih tinggi yang dijana daripada penghantaran projek yang dilaksanakan kumpulan dalam tempoh tersebut.

Majoriti jualan datang dari Malaysia yang menyumbang 72.1 peratus daripada jumlah hasil, diikuti Bangladesh (16 peratus) dan Indonesia (9.4 peratus).

Oleh itu, Powerwell terus kekal berdaya tahan terhadap permintaan di seluruh rantau ini.

Syarikat turut mencatatkan keuntungan sebelum cukai sebelum cukai sebanyak RM1.4 juta bagi suku yang sama berbanding kerugian sebelum cukai sebanyak RM0.2 juta bagi tahun sebelumnya.

Pengarah Eksekutifnya, Catherine Wong berkata, sejajar dengan peningkatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang terus berkembang dengan pesat menjadikan negara ini paling berdaya tahan di Asia Tenggara.

Katanya, lonjakan permintaan untuk tenaga di Malaysia dan rantau Asia Tenggara merupakan perkembangan positif untuk kumpulan memandangkan peningkatan hasil syarikat adalah berdasarkan lonjakan projek.

“Pasaran ini dijangka meningkat tiga kali ganda menjelang 2050 yang akan menjadi cara terbaik untuk terus meningkatkan pertumbuhan ekonomi Malaysia.

“Selepas pembukaan semula ekonomi dan sempadan antarabangsa pada 1 April, Powerwell melihat peningkatan dalam jualan projek ketika ekonomi Malaysia memasuki tahap pemulihannya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Catherine tidak menafikan langkah penutupan akibat pandemik Covid-19 yang diterima pakai di Malaysia dan negara lain masih memberi kesan kepada aktiviti kumpulan.

“Kumpulan mencatatkan margin keuntungan kasar yang lebih rendah sebanyak 17.9 peratus pada suku kewangan semasa berbanding 18.9 peratus suku sama tahun sebelumnya.

“Ini terutamanya disebabkan oleh keuntungan yang lebih rendah dalam beberapa projek tempatan yang telah disiapkan dalam tempoh tersebut dan kos input yang lebih tinggi seperti kos pengangkutan dan logistik, lebih masa dan caj levi pekerja asing,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN