Petronas bayar dividen lebih tinggi atas permintaan kerajaan

Petronas bayar dividen RM50 bilion, lebih tinggi atas permintaan kerajaan

TENGKU MUHAMMAD TAUFIK TENGKU AZIZ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) membayar dividen tambahan RM25 bilion, menjadikan jumlah pembayaran keseluruhan RM50 bilion selepas mempertimbangkan permintaan daripada kerajaan, menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz.

Beliau menjelaskan, pembayaran dividen tersebut adalah pembayaran kedua tertinggi selepas RM54 bilion termasuk RM30 bilion dividen khas yang dibayar pada 2019.

“Selain dividen RM25 bilion yang telah diluluskan pada Februari tahun ini, dividen tambahan RM25 bilion telah diluluskan oleh lembaga pengarah, menjadikan jumlah pembayaran dividen kepada kerajaan tahun ini berjumlah RM50 bilion.

“Keputusan ini dibuat selepas mempertimbangkan permintaan daripada kerajaan dan berdasarkan kemampuan Petronas untuk memenuhi keperluan agensi penarafan kredit serta kewangan luaran membabitkan pengurusan perbelanjaan bagi meraih pulangan dan keuntungan sewajarnya,” katanya semasa taklimat keputusan separuh pertama Petronas, di sini hari ini.

Tambahnya, dividen tambahan itu juga diumumkan selepas mengambil kira daya saing, aspek penampan serta keupayaan Petronas berdepan sebarang ketidaktentuan.

“Pembayaran dividen tambahan sebanyak RM25 bilion dan baki RM25 bilion dividen diluluskan adalah mengikut kemampuan syarikat selepas melaksanakan pelbagai langkah meningkatkan keupayaan syarikat termasuk mempelbagaikan perniagaan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN