KLIA, LGK antara lapangan terbang terbaik dunia

KLIA, LGK antara lapangan terbang terbaik dunia

KLIA yang merupakan pintu masuk utama laluan udara ke negara ini terus merekodkan prestasi memberangsangkan sepanjang berada di bawah kendalian MAHB. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LGK) muncul antara lapangan terbang terbaik di dunia dalam kaji selidik Kualiti Perkhidmatan Lapangan Terbang (ASQ) pada suku kedua tahun ini.

Dalam kaji selidik global oleh Majlis Lapangan Terbang Antarabangsa tersebut, kedua-dua lapangan mencapai skor penuh pada 5.00 yang mengambil kira keseluruhan kepuasan penumpang untuk keselamatan terminal, kemudahan, perkhidmatan dan kebersihan.

KLIA berkongsi pencapaian tersebut dengan tujuh bagi lapangan terbang yang lain bagi ka­tegori lebih 40 juta penumpang setahun (mppa).

Sementara itu, LGK pula menjadi satu-satunya lapangan terbang yang menerima skor penuh bagi kategori dua hingga lima mppa.

Pengarah Urusan Malaysia Airports, Datuk Iskandar Mizal Mahmood berkata, pihaknya tidak akan mengambil ringan komitmen untuk mengekalkan pengalaman yang terbaik kepada pelanggannya walaupun berdepan cabaran dengan pe­ningkatan penumpang di lapa­ngan terbang mereka.

“Keputusan ASQ terkini adalah manifestasi komitmen ini, bukan sahaja dari Malaysia Airports tetapi seluruh komuniti lapangan terbang.

“Saya berbesar hati untuk berkongsi bahawa tiga pujian teratas yang diterima KLIA melalui tinjauan ASQ adalah berkaitan dengan proses yang lancar semasa sampai, bantuan di lapangan yang sopan dan daftar masuk yang pantas di kaun­ter,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Pada Julai, Malaysia Airports Group mencatatkan sejumlah 7.8 juta pergerakan penum­pang, dengan 4.8 juta pergerakan penumpang di rangkaian lapangan terbang tempatan dan 3.0 juta di lapangan terbang di Turkiye iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul Sabiha Gokcen.

Bulan lalu juga, Kumpulan merekodkan 3.1 juta pergerakan domestik dan 1.6 juta antarabangsa di Malaysia.

“Ini menyaksikan peningkatan yang menggalakkan sebanyak 26 peratusa daripada bulan sebelumnya. Sehingga kini, kedua-dua sektor telah menunjukkan aliran pemulihan yang meningkat dengan trafik domestik mencecah 66 peratus dan antarabangsa sebanyak 18 peratus daripada jumlah sebelum Covid-19,”ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN