PETALING JAYA: Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LGK) muncul antara lapangan terbang terbaik di dunia dalam kaji selidik Kualiti Perkhidmatan Lapangan Terbang (ASQ) pada suku kedua tahun ini. Dalam kaji selidik global oleh Majlis Lapangan Terbang Antarabangsa tersebut, kedua-dua lapangan mencapai skor penuh pada 5.00 yang mengambil kira keseluruhan kepuasan penumpang untuk keselamatan terminal, kemudahan, perkhidmatan dan kebersihan. KLIA berkongsi pencapaian tersebut dengan tujuh…










