KULAI: Pembeli rumah berpeluang secara dekat hartanah pilihan mereka dengan pembukaan IOI Sales Galleria dan Show Village di Bandar Putra Kulai, di sini. Ketua Pegawai Eksekutif IOI Properties Group Bhd., (IOIPG) Datuk Voon Tin Yow berkata, pembukaan galeri jualan baharu dan perkampungan pameran itu mencerminkan komitmen syarikat untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada para pelanggannya. Menurutnya, perkampungan pameran itu akan mempamerkan konsep reka bentuk produk syarikat dan juga persekitaran binaan perbandaran…










