India tingkat pengeluaran, kurangkan import sawit - Utusan Malaysia

India tingkat pengeluaran, kurangkan import sawit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: India berminat untuk meningkatkan pengeluaran minyak sawit bagi mengurangkan import komoditi itu yang meningkat setiap tahun.

India memenuhi dua pertiga daripada permintaan minyak sayurannya melalui import kira-kira 14 juta tan setiap tahun, termasuk sekitar 8.5 juta tan minyak sawit.

Negara itu mengimport minyak sayuran termasuk minyak sawit bernilai AS$18.9 bilion (RM84.26 bilion) setahun. Import yang tinggi telah meluaskan defisit dagangan India.

“Dalam empat tahun akan datang, kebanyakan penanaman sawit akan dilakukan, dan selepas tujuh hingga lapan tahun Telangana boleh mengeluarkan empat juta tan minyak sawit,” kata L. Venkatram Reddy, Pengarah Hortikultur kerajaan negeri Telagana kepada Reuters.

India pada masa ini mengeluarkan kurang daripada 300,000 tan minyak sawit dan bergantung kepada import dari Indonesia, Malaysia dan Thailand untuk memenuhi keperluannya.

Walaupun Telangana berjaya menanam kelapa sawit hanya sejuta ekar dan mengeluarkan dua juta tan minyak sawit, ia akan menjadi satu pencapaian yang besar, kata Chava Venkateswara Rao dari Godrej Agrovet Ltd, pengeluar minyak sawit terbesar negara itu.

Sehingga tahun lepas, negeri itu menambah kira-kira 35,000 ekar ladang kelapa sawit setiap tahun.

Beberapa kawasan di Telangana mempunyai air yang mencukupi untuk tanaman kelapa sawit seperti Godavari, Krishna dan Bhima. 

Bagaimanapun, banyak kawasan kekurangan air yang mencukupi untuk menampung keperluan kelapa sawit sehingga 265 liter setiap pokok sehari.

Untuk mengatasinya, kerajaan negeri ini telah membina projek pengairan besar-besaran dan rangkaian terusan yang kini membolehkan petani menanam kelapa sawit di kebanyakan kawasan.

Antara projek pengairan yang dibina ialah Kaleshwaram, yang hampir siap, menelan belanja sebanyak 1.15 trilion rupee (AS$14.44 bilion/RM64.20 bilion). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya