PETALING JAYA: Leon Fuat Berhad (Leon Fuat), pengilang dan peniaga produk keluli yang mengkhususkan dalam keluli bergulung panjang dan rata, melaporkan peningkatan 35.8 peratus dalam hasil jualan kepada RM250.93 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2022 berbanding RM184.78 juta yang dicatatkan dalam suku yang sama tahun kewangan sebelumnya. Untuk tempoh sama tahun ini kumpulan syarikat itu mencatatkan keuntungan sebelum cukai RM18.04 juta, penurunan 57.6 peratus daripada RM42.57 juta yang dicatatkan…










