KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia optimis peratusan pegangan saham asing yang berada pada 20.2 peratus ketika ini, akan pulih kepada keadaan sebelum pandemik Covid-19, didorong oleh pemulihan ekonomi dan prestasi syarikat yang lebih baik. Pengerusinya, Tan Sri Abdul Wahid Omar berkata, trend pada tujuh bulan pertama tahun ini telah menunjukkan perkembangan positif. Katanya, pegangan saham asing dalam pasaran Bursa Malaysia kini menurun berbanding 20.3 peratus pada 2019. “Apa yang boleh kami…










