PRN Sabah: GRS umum baki empat calon bertanding

PRN Sabah: GRS umum baki empat calon bertanding

HAJIJI NOOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) hari ini mengumumkan baki empat lagi calon gabungan itu yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17.

Ketua Menteri dan Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, dengan pengumuman ini ia telah melengkapkan senarai 55 calon GRS yang akan bertanding pada pilihan raya ini.

Empat calon berkenaan ialah Dr. Bonaventure Boniface yang akan bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tamparuli selain Rafie Robert Tawik (Bingkor); Samsiah Usman (Kukusan) dan Datuk Hassan A Gani Pg. Amir (Sebatik).

“Semua calon-calon ini membawa latar belakang, bakat dan pengalaman yang pelbagai. Saya yakin mereka berupaya untuk memenangi pilihan raya ini,” katanya di sini, hari ini.

Semalam, Hajiji mengumumkan seramai 51 calon yang akan bertanding pada PRN Sabah Ke-17 yang menampilkan gabungan pemimpin berpengalaman dan calon muda dengan 35 peratus daripadanya terdiri daripada muka baharu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN