Bank Muamalat bantu golongan kerja sendiri

Bank Muamalat bantu golongan kerja sendiri

BANK Muamalat
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat) menawarkan pembiayaan sehingga RM400,000 melalui skim SMART Mortgage Jaminan Kredit Perumahan Berhad (SJKP) untuk membantu mereka yang bekerja sendiri dan tidak berpendapatan tetap untuk memiliki rumah pertama.

Pembiayaan tersebut turut membantu pekerja ekonomi gig dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang tidak mempunyai penyata pendapatan bulanan.

Bagi mereka yang layak, jumlah pembiayaan yang disediakan melalui skim ini termasuk perbelanjaan berkaitan seperti Takaful Gadaijanji (MRTT), yuran guaman dan Takaful Pemilik Rumah Jangka Panjang (LTHT).

Ini adalah pakej kos kemasukan sifar untuk pemilik rumah baharu dengan margin pembiayaan 100 peratus dengan semua kos pemindahan dan perbelanjaan berkaitan akan dibiayai oleh bank.

Skim ini telah terbukti berjaya membantu pembeli rumah untuk memiliki rumah idaman pertama mereka di bawah kerjasama Bank dengan SJKP sejak Oktober 2019.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Khairul Kamarudin berkata, pihaknya sentiasa memberi penekanan kepada usaha membantu segmen pasaran mampu milik untuk memiliki rumah.

“Berikutan kenaikan kos sara hidup dan harga pasaran yang lebih tinggi, kos dan yuran untuk memiliki rumah seterusnya dengan peruntukan tambahan deposit untuk memiliki rumah telah menangguhkan rancangan mereka.

“Namun, dengan skim SMART Mortgage SJKP, bakal pembeli rumah boleh meneruskan rancangan mereka untuk memiliki rumah pertama mereka,” katanya dalam kenyataan.

Untuk maklumat lanjut mengenai pembiayaan oleh Bank Muamalat, sila layari www.muamalat.com.my atau https://map.muamalat.com.my/ atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan Bank Muamalat di talian 03-2600 5500, atau kunjungi Bank terdekat Cawangan Muamalat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN