AMLA: SC kesan enam individu

AMLA: SC kesan enam individu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) meminta bantuan orang awam untuk menjejaki enam individu atas kesalahan melanggar Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA), kerana menerima hasil haram melalui akaun bank mereka.

Enam individu terbabit ialah:
* Noor Hayazi Ahmad (790712-02-5521), alamat di No. 35, Feeder 6, Ayer Hitam, 06150 Jitra, Kedah.

* Muhammad Harith Aiman Shaharuddin (950823-14-6573), alamat No. 11, Jalan Jasa 26, Taman Medan Pejasa, 46000 Petaling Jaya, Selangor.

* Ahmad Azlan Edi (960926-14-5069), alamat di No. 15, Lorong Keramat Dalam 1, Kampung Datok Keramat, 54000 Kuala Lumpur.

* Muhammad Rafie Hadhari (941013-05-5081), empat alamat iaitu di No. 9832 Taman Setia Jaya, 78100 Lubok China, Melaka; Batu 22 1⁄2, Kampung Ramuan China Besar, 78300 Masjid Tanah, Melaka; Markas Tentera Darat, Cawangan Sumber Manusia, Kementah Jalan Padang Tembak, 50634 Kuala Lumpur dan Kampung Setia Jaya, 78100 Lubok China, Melaka.

* Gary Tapau Anak Umut (851113-13-5055), empat alamat iaitu Rumah Unchit, Geligau Ulu, 95800 Engkilili, Sarawak; 49A-69, Taman Pusat Kepong, 52000 Kepong, Kuala Lumpur; 49, No. 2 Jalan Tampoi Indah, Taman Tampoi Indah, 81200 Johor Bahru, Johor dan No. 4, Jalan Harmoni 4/18, Taman Desa Harmoni, 81100 Johor.

* Amir Shahrum Nordin (900222-05-5183), tiga alamat iaitu No. 03, Persiaran Putra 3, 31750 Tronoh, Perak; No. 73 Persiaran Iskandar Perdana 30, Bandar Seri Iskandar, 32600 Bota, Perak dan D-19-09, Season Luxury Apartment, Jalan Larkin, 80350 Johor Bahru, Johor.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh memaklumkan kepada suruhanjaya tersebut dengan menghubungi 012-6108793 atau e-mel kepada [email protected],” katanya dalam kenyataan.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh layari www.sc.com.my/regulation/enforcement/have-you-seen-these-people. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN