PETALING JAYA: Tiga mahasiswa Universiti Nottingham Malaysia muncul johan Cabaran Dasar Monetari Kursi Tun Ismail Ali (TIAC) 2022. Kumpulan tersebut dianggotai oleh Imran Danial Adi Firdaus, Lee Wenn Shian dan Wan Zulyahya Amri Shoberi, di bawah bimbingan penasihat kumpulan, Dr. Teo Wing Leong. Mereka membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM5,000 serta peluang menjalani latihan industri bersama Bank Negara Malaysia (BNM). Panel hakim menzahirkan rasa kagum dengan penilaian mendalam tentang…










