KOTA BHARU : Kerja-kerja menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Pengkalan Chepa kepada lapangan terbang antarabangsa, mampu memacu ekonomi negeri ini menjadi lebih mampan pada masa hadapan. Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Amar Abdullah berkata, sebagai permulaan LSTIP akan menjadi pintu masuk kepada negara-negara di sekitar rantau Asia Tenggara. Menurutnya, khabar gembira itu kongsikan oleh Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana…










