llaollao lancar kedai flagship terbesar dunia di Pavilion KL

llaollao lancar kedai flagship terbesar dunia di Pavilion KL

MAJLIS pelancaran kedai flagship terbesar dunia llaollao di Pavilion, Kuala Lumpur.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING: Jenama yogurt beku (froyo) Eropah, llaollao (sebutan yao-yao) telah melancarkan kedai flagship terbesar dunia di Pavilion, Kuala Lumpur, lengkap dengan tambahan menu unik luar biasa beserta pilihan toping yang beraneka.

Semenjak pelancaran global pertamanya pada 2009, llaollao telah pun menyediakan pilihan yang lebih sihat, berkrim dan sejuk untuk semua peminat froyo di dunia.

Terletak di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur, kedai flagship itu bakal mempamerkan eksklusiviti jenamanya dengan mencipta sebuah destinasi utama yang selesa untuk pelanggan menikmati yogurt beku sihat kegemaran mereka.

Pengarah Woodpeckers Group Sdn. Bhd. (pemilik jenama llaollao Malaysia), Tan Kai Young berkata, setelah menjamu rakyat Malaysia dengan aneka pilihan froyo semulajadi yang sihat selama tujuh tahun, llaollao akan terus berdedikasi untuk menyediakan produk berkualiti tinggi untuk pelanggan setia mereka.

“Di llaollao, kepuasan dan kebahagiaan pelanggan kami sentiasa diutamakan. Selepas bertahun-tahun menyajikan kepada rakyat Malaysia sejak 2015, kami yakin bahawa kami mahu mengembangkan lagi jejak kami di Malaysia dengan melancarkan kedai flagship terbesar dunia di salah satu destinasi membeli-belah ikonik di Malaysia.

“Kami sentiasa berpegang erat pada visi kami untuk menjadikan yogurt kami sebagai produk yang diterima secara meluas dengan memberikan manfaat kesihatan yang baik.

“Di samping itu, kami ingin menjadikan rasa froyo rasa yang tersendiri, iaitu satu perisa luar biasa yang dicipta oleh produk kami secara unik untuk diserasikan dengan selera semua dengan pelbagai kombinasi yang tidak dapat
temui di tempat lain,” katanya dalam kenyataan sempena pelancaran kedai flagship itu.

Sebahagian daripada tawaran promosi pembukaan terbesar mereka, llaollao menawarkan diskaun eksklusif sebanyak 15 peatus untuk beberapa item terpilih semasa pendaftaran di MyllaollaoClub.

Menurut Kai Young, llaollao tidak bercadang untuk berhenti ketika menjulang pelbagai pencapaian, malah menyasar untuk berkembang lebih maju dengan membuka 20 cawangan lain di seluruh negara menjelang akhir 2022.

“Berdiri teguh dengan tunjang misi kami, ia telah memastikan kami untuk terus membangun pesat. Meskipun melalui masa yang sukar, perkara ini telah berjaya menobatkan kami sebagai jenama pilihan Malaysia yang diyakini pada hari ini.

“Sempena penambahan kedai-kedai baharu yang akan beroperasi di Malaysia, kami akan menganjurkan lebih banyak promosi dan menyediakan lebih banyak koleksi produk yang inovatif supaya rakyat Malaysia dapat menghayati rasa jenama froyo
kegemaran mereka,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya