PETALING JAYA: Inventori minyak sawit Malaysia pada akhir Jun berkemungkinan meningkat ke paras tertinggi dalam tempoh tujuh bulan, apabila eksport menjunam berikutan pengeluar utama Indonesia kembali ke pasaran eksport. Memetik laporan Reuters, stok sawit Malaysia pengeluar kedua terbesar di dunia, diramalkan meningkat 12.3 peratus dari bulan sebelumnya kepada 1.71 juta tan, menurut anggaran median peniaga dan penganalisis. Menurut laporan itu, pengeluaran berkembang 8.3 peratus kepada 1.58 juta tan, paras tertinggi…










