NEW YORK: Ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat S&P 500 menerima imbuhan berjumlah purata AS$18.3 juta (RM83.33 juta) pada tahun lalu, menurut Persekutuan Buruh Amerika dan Kongres Pertubuhan Perindustrian (AFL-CIO). Kumpulan itu terdiri daripada 56 kesatuan kebangsaan dan antarabangsa. Dalam laporan mengenai gaji eksekutif, AFL-CIO berkata, imbuhan atau gaji CEO meningkat 18.2 peratus, lebih cepat daripada kadar inflasi Amerika Syarikat (AS) sebanyak 7.1 peratus. “Sebaliknya, gaji pekerja AS jatuh di belakang…










