PETALING JAYA: Seorang pengarah didenda berjumlah RM2.258 juta semalam, selepas disabitkan atas tiga kesalahan di bawah Seksyen 32(8)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613). Hukuman dijatuhkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Kamarudin Kamsun ke atas tertuduh, Amirruddin Nin, 52, pengarah CTB Solutions Sdn. Bhd., menurut Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Syarikat berkenaan menyediakan penyelesaian pengurusan armada (fleet) GPS bersepadu yang…










