Mercedes-Benz Malaysia lancar tiga model baharu

EV: Mercedes-Benz Malaysia lancar tiga model baharu

MERCEDES-BENZ Malaysia melancarkan tiga model baharu dalam usahanya menerajui segmen kenderaan elektrik tempatan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Mercedes-Benz Malaysia mengukuhkan kedudukannya untuk menerajui segmen kenderaan elektrik melalui pengenalan tiga model baharu.

Dengan pengenalan kenderaan elektrik mewah dalam keluarga Mercedes-EQ, syarikat komited untuk membuka jalan bagi masa depan kenderaan elektrik (EV) di Malaysia.

Ia sejajar dengan hala tuju global syarikat untuk menggunakan kenderaan elektrik sepenuhnya menjelang hujung dekad, di pasaran yang membenarkan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Mercedes-Benz Malaysia, Sagree Sardien berkata, Mercedes-Benz Malaysia mengekalkan momentum ke arah masa depan yang mampan dengan pelancaran tambahan baharu kepada
keluarga Mercedes-EQ.

“Inisiatif kenderaan elektrik kami sedang giat dijalankan. Kami komited untuk “menerajui (pasaran) EV” dengan pendekatan menyeluruh ke arah hari esok yang mampan di Malaysia,” katanya dalam kenyataan.

Naib Presiden, Jualan dan Pemasaran Mercedes-Benz Malaysia, Michael Jopp pula berkata, tawaran kenderaan elektrik daripada keluarga Mercedes-EQ mentakrifkan masa depan kenderaan mewah di Malaysia.

Jelasnya, EQS ialah sedan mewah EV pertama daripada Mercedes-EQ.

“Dengan EQS, kami telah mencipta kereta mewah generasi masa depan yang baharu sepenuhnya. EQS juga merupakan model pertama berdasarkan seni bina modular untuk kenderaan elektrik mewah dan kelas eksekutif. Datang bersama EQB dan EQC, ia menawarkan pilihan yang menarik untuk melengkapkan setiap gaya hidup pelanggan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN