EU beku AS$13.8 bilion aset Russia

EU beku AS$13.8 bilion aset Russia

KAPAL persiaran mewah merupakan antara aset milik jutawan Russia yang ditahan dan dibekukan oleh negara anggota Kesatuan Eropah susulan peperangan di Ukraine. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Negara Kesatuan Eropah (EU) telah membekukan aset Russia berjumlah AS$13.8 bilion (RM61.29 bilion) sejak negara itu mula mencetuskan peperangan di Ukraine.

Pesuruhjaya Kehakiman EU, Didier Reynders berkata, aset tersebut daripada oligarki dan lain-lain entiti.

“Tetapi saya mesti mengatakan bahawa sebahagian besarnya daripada (pembekuan aset itu), berjumlah lebih AS$12 bilion (RM53.29 bilion), datang dari lima negara anggota,” katanya kepada pemberita di Praque menjelang mesyuarat tidak rasmi menteri-menteri kehakiman EU kelmarin, lapor oilprice.com.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan lima negara EU terbabit, namun menggesa negara anggota meningkatkan usaha untuk mengenal pasti dan membekukan aset-aset Russia di bawah bidang kuasa mereka.

Menteri Kewangan Jerman, Chrisytian Lindner pula memberitahu, jumlah aset Russia yang dibekukan di Jerman sahaja berjumlah 4.48 bilion euro (RM19.94 bilion) sejak bertengahan Jun lalu.

Dalam pada itu, Menteri Kehakiman Ukraine, Denys Malyuska mengulangi gesaan yang dibuat oleh Kyiv bahawa aset terbabit perlu digunakan untuk membayar pampasan bagi kerosakan dilakukan oleh tentera Russia.

“Pada masa ini, mereka dilindungi oleh imuniti berdaulat, tetapi pemahaman kami ialah aset negara [yang] memulakan perang, melakukan pencerobohan, tidak akan dilindungi oleh imuniti berdaulat.

“Kami mengalami kerugian ekonomi, dan tidak masuk akal untuk menampung semua kerugian itu oleh wang pembayar cukai Ukraine atau Eropah,” tambah Malyuska di Praque. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN