LONDON: Negara Kesatuan Eropah (EU) telah membekukan aset Russia berjumlah AS$13.8 bilion (RM61.29 bilion) sejak negara itu mula mencetuskan peperangan di Ukraine. Pesuruhjaya Kehakiman EU, Didier Reynders berkata, aset tersebut daripada oligarki dan lain-lain entiti. “Tetapi saya mesti mengatakan bahawa sebahagian besarnya daripada (pembekuan aset itu), berjumlah lebih AS$12 bilion (RM53.29 bilion), datang dari lima negara anggota,” katanya kepada pemberita di Praque menjelang mesyuarat tidak rasmi menteri-menteri kehakiman EU kelmarin,…










