CTOS lancar program rujukan pacu celik kewangan

CTOS lancar program rujukan pacu celik kewangan

ERIC HAMBURGER
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: CTOS Data Systems Sdn. Bhd., anak syarikat milik penuh CTOS Digital Berhad, melancarkan program rujukan semakan kendiri Laporan Skor MyCTOS dalam usaha memperkasakan konsumer untuk mengawal kesihatan kewangan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CTOS, Eric Hamburger berkata, program itu dilancarkan pada masa yang sesuai kerana tanggungjawab kredit dan kesihatan kewangan adalah penting ketika negara semakin pulih daripada fasa pendemik.

Kata beliau, sebagai agensi pelaporan kredit terkemuka, CTOS menyasarkan untuk memperkasa seramai mungkin orang dengan alatan serta pengetahuan yang betul untuk membuat keputusan kewangan yang baik.

“Menyemak laporan kredit MyCTOS anda adalah langkah pertama dalam perjalanan itu.

“Peningkatan pertumbuhan dalam pelanggan pemeriksaan kendiri CTOS yang kami saksikan menandakan konsumer secara keseluruhannya semakin sedar mengenai kesihatan kredit mereka.

“Kami ingin memberi ganjaran kepada mereka kerana mengawal kesihatan kewangan serta menggalakkan mereka untuk memperkasakan orang lain agar melakukan perkara yang sama,” katanya dalam kenyataan.

Tambah Hamburger, negara sedang memasuki fasa endemik Covid-19 dan impak ke atas ekonomi akan berkurangan tetapi pemulihan sepenuhnya akan mengambil masa.

Dalam tempoh itu katanya, mengawasi skor kredit adalah lebih penting kerana akses kepada kredit masih sukar.

“Golongan yang telah mengekalkan kesihatan kewangan dengan sebaik mungkin boleh memanfaatkan peluang kewangan baharu yang timbul, ketika kita kembali ke cara hidup yang normal,” katanya.

Program Refer and Reward CTOS akan memberi insentif kepada pelanggan untuk menyemak markah mereka dan merujuk rakan serta ahli keluarga mereka untuk melakukan perkara yang sama, dengan menawarkan hadiah wang tunai bernilai RM2,000 setiap minggu melalui sistem mata ganjaran terkumpul.

Program ini akan berlangsung selama lima minggu dari 27hb Jun hingga 31hb Julai 2022 sebagai sebahagian daripada usaha celik kewangan CTOS yang berterusan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN