BEIJING: Pemilik TikTok, ByteDance sedang mencari kejayaan besar seterusnya dalam sektor gaya hidup media sosial melalui cadangan memperkenalkan sebuah aplikasi beli-belah gaya hidup iaitu Kesong, menyamai platform terbesar di Xiaohongshu.
Kesong yang dilancarkan minggu lalu, membolehkan pengguna berkongsi foto, video dan menulis petua fesyen dan pengalaman membeli-belah.
Ia mencontohi Xiaohongshu, yang sering disamakan dengan Instagram Meta Platforms Inc. dan secara meluas dianggap sebagai penjelmaan “menanam rumput” iaitu tanggapan bahawa ulasan boleh menarik pembaca atau pengikut untuk membeli produk atau perkhidmatan.
Jenama fesyen mewah sering beralih kepada pempengaruh Xiaohongshu yang boleh menjangkau berjuta-juta pengguna mewah di China.
Di luar negara pula, Xiaohongshu dikenali sebagai Red atau Merah di negara termasuk Singapura, Malaysia, Australia, Kanada dan Amerika Syarikat.
Pembuat perkakasan dan perisian ByteDance bernilai kira-kira $300 bilion dalam dagangan baru-baru ini dan telah dikenali sebagai kilang aplikasi. Ia telah menghasilkan hits daripada pengagregat berita Toutiao kepada aplikasi video pendek Douyin dan TikTok yang setara di luar negara iaitu aplikasi China paling berjaya di luar negara.
Ia cuba menggunakan aplikasi Xincao pada 2018k. Pada 2020 pula ia mencuba lagi menggunkana Sharee, untuk pasaran luar negara. Aplikasi itu kemudiannya dijenamakan semula sebagai Lemon8, dan mempunyai lebih sejuta muat turun di Jepun dan telah berkembang ke Thailand.
“Lemon8 sedang meneroka kemungkinan berkembang ke Australia,” menurut dua sumber kepada Reuters.
Aplikasi itu diawasi oleh Alex Zhu, naib presiden kanan produk dan strategi di ByteDance dan sebelum ini ketua TikTok, kata sumber itu.
“ByteDance berazam untuk memecahkan pasaran berkenaan (dengan Kesong dan Lemon8) untuk mencapai ARPU yang lebih tinggi,” katanya, merujuk kepada purata hasil bagi setiap pengguna.
ByteDance tidak memberi sebarang komen berkenaan laporan berkenaan. – AGENSI










