PETALING JAYA: Boustead Properties Bhd. (Boustead Properties) menjalin kerjasama dengan FRIM Incorporated Sdn. Bhd. bagi memulihara taman sungai pertama sepanjang 2.1 kilometer di Mutiara Hills, Semenyih. Ketua Pegawai Eksekutif Boustead Properties, Khairul Azizi Ismail berkata, pemuliharaan taman sungai yang merupakan inisiatif alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) itu menyumbang ke arah membina semangat kemasyarakatan yang lebih kukuh di perbandaran pintar bersepadu seluas 485.6 hektar. Katanya, projek yang sedang dibangunkan…










