BDB lantik Mohd Iskandar sebagai Pemangku Presiden

Bina Darulaman lantik Mohd Iskandar sebagai Pemangku Presiden, Ketua Pegawai Eksekutif

Bina Darulaman
Mohd Iskandar Dzulkarnain Ramli
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Bina Darulaman Berhad (BDB) mengumumkan pelantikan Mohd Iskandar Dzulkarnain Ramli sebagai Pemangku Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat berkuatkuasa mulai 18 Julai 2022.

Mula menyertai BDB pada tahun 2014 sebagai Ketua Perancangan Korporat dan Pengurusan Risiko Perusahaan Kumpulan, Mohd Iskandar Dzulkarnain memainkan peranan utama dalam mengetuai dan menyelaras strategi perniagaan syarikat serta memantau dan menilai risiko untuk peluang-peluang perniagaan baharu. Ia terutamanya dalam pelaburan, pembangunan hartanah serta perniagaan berkaitan.

Beliau kemudiannya dilantik memegang jawatan Ketua Pegawai Operasi pada tahun 2018 dan seterusnya diberi kepercayaan untuk mengetuai semua anak syarikat BDB dari segi tadbir urus operasi serta memberikan tumpuan kepada pelaksanaan strategi pemulihan Syarikat.

Seterusnya pada Oktober 2020 telah dilantik untuk menjawat jawatan Naib Presiden Eksekutif I merangkap Ketua Pegawai Korporat.

Sebelum menyertai BDB, Mohd Iskandar pernah berkhidmat dengan syarikat-syarikat termasuklah Kumpulan Khazanah Nasional Berhad, Kumpulan Perangsang Selangor Berhad dan Sapuracrest Petroleum Berhad.

Beliau mempunyai pengalaman merangkumi bidang pengurusan risiko strategik dalam melibatkan projek seperti Taman Perindustrian Malaysia-China Kuantan (MCKIP), Kuantan Port Expansion serta Projek Khas Penstrukturan Semula Pengurusan Air.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya