AFYAA lancar Sahiyya, Aratox

AFYAA lancar Sahiyya, Aratox

DR. SHEIKH Muszaphar Shukor melancarkan AFYAA Sahiyya di Kuala Lumpur, Sabtu lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: AFYAA Sdn. Bhd. mengukuhkan kedudukannya di pasaran melalui pelancaran dua produk baharu iaitu AFYAA Sahiyya dan AFYAA Aratox dalam usaha memberi manfaat menyeluruh serta peningkatan kualiti kesihatan kepada pengguna.

Pengasas AFYAA, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor berkata, pelancaran kedua-dua produk dijangka meningkatkan pengguna produk AFYAA daripada 250,000 ketika ini kepada sejuta menjelang akhir tahun ini.

Katanya, AFYAA Sahiyya berfungsi untuk membantu melancarkan peredaran darah manakala AFYAA Aratox pula membantu menambah baik kesihatan usus dengan menyahtoksinkan bahan berbahaya dalam badan.

“Saya sentiasa ingin menyediakan siri (produk makanan) kesihatan supaya dapat mendidik pengguna dan masyarakat untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat.

“Kami menjangkakan dapat mencapai jualan antara 20,000 hingga 30,000 kotak untuk setiap produk sebulan,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran kedua-dua produk baharu tersebut di HGH Convention Centre Sentul, Sabtu lalu.

Yang turut hadir, Pakar Perunding Kardiologi bagi AFYAA, Dr. Haizal Haron Kamar.

DR. SHEIKH Muszaphar Shukor dan Pengarah Urusan AFYAA Sdn. Bhd., Abdul Azim Adnan (kiri) melancarkan produk kesihatan, AFYAA Aratox
di Kuala Lumpur, Sabtu lalu.

Sementara itu, Sheikh Muszaphar berkata, AFYAA Sahiyya dan AFYAA Aratox yang masing-masing dijual pada harga RM219 dan RM199 sekotak, menggunakan bahan-bahan premium, berkualiti dan menepati ciri keselamatan dan penyesuaian bagi pengguna tempatan.

Menurutnya, produk AFYAA direka khas dengan rasa yang mesra pengguna dan boleh dite­rima kebanyakan orang sejajar dengan trend kesedaran kesihatan yang semakin popular dalam kalangan rakyat negara ini.

“Kewujudan AFYAA dalam industri makanan bukan sahaja dalam menghasilkan produk kesihatan semata-mata. Kami mempunyai aspirasi untuk menjadikan (produk) AFYAA sebagai rutin harian setiap pengguna yang berkonsepkan halal sebagai teras utama,” ujarnya.

Tambahnya, syarikat yang kini sudah berada di empat negara iaitu Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura, dalam perbincangan untuk menembusi pasaran Asia Barat menjelang hujung tahun ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×