18,000 peluang pekerjaan dalam industri runcit, francais

18,000 peluang pekerjaan dalam industri runcit, francais

MAJLIS pelancaran Pameran Runcit dan Francais Antarabangsa Malaysia di Kuala Lumpur, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan meletakkan sasaran industri francais menyumbang 9.4 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun ini.

Malah, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menyasar mewujudkan sebanyak 18,000 peluang pekerjaan baharu dalam industri runcit dan francais menjelang 2025.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar berkata, peluang yang diwujudkan menerusi agensinya, Perbadanan Nasional Bhd. (Pernas) itu selaras dengan komitmen kerajaan dalam membangunkan lebih ramai usahawan khususnya di dalam bidang francais.

Katanya, kerjasama yang yang terjalin di antara agensi-agensi kerajaan seperti Pernas dan penggiat industri termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan persatuan-persatuan usahawan seharusnya diteruskan bagi merancakkan pertumbuhan ekonomi.

“Kerajaan benar-benar memahami bahawa sebahagian daripada perniagaan dan tenaga kerja yang terlibat dalam industri runcit terjejas teruk oleh situasi pandemik.

“Oleh itu, atas semangat Keluarga Malaysia, KUSKOP menerusi 11 agensi telah menyediakan peruntukan lebih daripada RM7 billion kepada usahawan dan golongan terkesan akibat pandemik Covid-19 pada tahun lepas,” katanya.

Beliau berkata demikian pada pada majlis pelancaran Pameran Runcit dan Francais Antarabangsa Malaysia (MIRF) anjuran Persatuan Rantaian Peruncit Malaysia (MRCA) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, semalam.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi) KUSKOP, Datuk Zamri Salleh.

Turut hadir, Presiden MRCA, Sharan Valiram dan Pengerusi Jawatankuasa Penganjuran MIRF, Christine Tan.

Menurut Noh, kerajaan sangat konsisten di dalam mempromosikan francais di Malaysia dan membuka ruang promosi di peringkat Asia selain iltizam dalam meletakkan sasaran menjadikan negara ini sebagai hab francais di ASEAN.

Menurutnya, perkara itu sekali gus membuka peluang kepada francaisor antarabangsa untuk mengintai peluang bersama francaisi di rantau ini.

“Kerajaan mengiktiraf kepentingan industri runcit dan francais kepada ekonomi negara serta telah meletakkan sasaran industri francais untuk menyumbang 9.4 peratus kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) menjelang 2022.

“Oleh yang demikian, adalah penting bagi kita untuk membangunkan dasar yang lebih luas merangkumi semua segmen industri runcit dan francais dalam negara ini,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×