Saga kereta terlaris dalam sejarah automotif Malaysia

1.95 juta Saga dijual sejak 1985

TIMBALAN Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah (tengah) bersama kakitangan meraikan sambutan ulang tahun ke-37 Proton Saga, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Proton Saga yang meraikan hari kelahirannya ke-37 pada 9 Julai lalu, telah dijual sebanyak 1.95 juta unit sejak 1985, menjadikannya kereta terlaris dalam sejarah automotif Malaysia.

Menurut Proton Holdings Berhad (Proton), jika dibariskan 1.95 juta kenderaan itu, rantaiannya akan menempuh jarak lebih 8,000 kilometer (km), hampir sama dengan jarak antara Malaysia dan Ukraine.

Jelasnya, telah dieksport ke 28 buah negara dengan Bangladesh merupakan pasaran eksport pertama pada 1986, diikuti United Kingdom (UK) pada 1989.

“Proton Saga ialah model eksport PROTON yang paling popular dengan lebih 59,000 unit terjual.

“Proton Saga telah meraih lebih 22 anugerah daripada pelbagai saluran media sejak 1988. Ia juga terlibat dalam sukan permotoran sejurus selepas ia dilancarkan. Kejayaan terbarunya ialah menduduki tempat kedua dalam perlumbaan 1000km Sepang 2019 yang dimenangi oleh Proton Iriz yang turut dikendalikan oleh R3, bahagian permotoran Proton,” katanya dalam kenyataan.

Tambah Proton, Saga yang dilancarkan pada 9 Julai 19985 oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika itu di mana 36 prototaip telah direka sebelum Proton Saga pertama diluluskan oleh Proton dan Mitsubishi Motors Corporation (MMC) pada 1984.

Proton Saga telah meraih lebih 22 anugerah daripada pelbagai saluran media sejak 1988.

Ia juga terlibat dalam sukan permotoran sejurus selepas ia dilancarkan.

Antara kejayaannya termasuk menduduki tempat kedua dalam perlumbaan 1,000km Sepang 2019, dimenangi oleh Iriz, yang turut dikendalikan oleh R3, bahagian permotoran Proton. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN