PETALING JAYA: XLD Finance, ekosistem berasaskan `stablecoin’ (mata wang kripto) yang memacu rangkuman kewangan melalui perkhidmatan kewangan dunia sebenar, mengumumkan pelancaran platform xSpend di Malaysia hari ini.
Platform itu membolehkan pengguna Play-ton-earn berbelanja secara langsung dengan token dan `stablecoin GameFi’ mereka untuk membayar lebih 350 pengebil dan utiliti.
Syarikat berpengkalan di Filipina itu juga mengumumkan tawaran terbaharu iaitu ciri Solana yang membolehkan pengguna menyambung dompet Phantom mereka dengan butiran pengebil yang disimpan untuk transaksi yang lebih mudah dan pantas melalui rangkaian Solana.
Ketua Pegawai Eksekutif XLD Finance, Ian Estrada berkata, dengan pelancaran xSpend di Malaysia, syarikat sangat teruja untuk membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pengguna kripto di negara ini, iaitu kesukaran untuk membelanjakan kripto.
“Oleh itu, kami teruja untuk membenarkan pengguna membelanjakan aset mata wang kripto secara langsung untuk keperluan kehidupan sebenar melalui platform selamat,” katanya dalam kenyataan.
Untuk meraikan kejayaan ini, XLD memberikan hadiah bernilai sehingga AS$2,500 (kira-kira RM 10,920) dalam promosi pengenalannya untuk pengguna xSpend Malaysia kali pertama dan semua pemegang dompet Solana.
Pengguna boleh berurus niaga dengan USD Tether (USDT), USD Coin (USDC), DAI, Axie Infinity Shards(AXS), Smooth Love Potion (SLP), Binance Coin (BNB), MATIC, YGG Token, Terra USD (UST), Pegaxy Stone (PGX), Vigorous (VIS), dan Cyblock Battery Token (CBT) dengan pelbagai utiliti dan rangkaian mudah alih di Malaysia. – UTUSAN










