Wallbox, Sime Darby umum perkongsian strategik

Wallbox, Sime Darby umum perkongsian strategik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Wallbox, pembekal utama kenderaan elektrik (EV) pengecasan dan penyelesaian pengurusan tenaga di seluruh dunia dan Mecomb Malaysia, anak syarikat Sime Darby Berhad mengumumkan pengedaran perkongsian di Malaysia.

Syarikat secara bersama akan membantu mempercepatkan penggunaan EV di Malaysia dan meningkatkan pembangunan ekosistem EV di rantau Asia Pasifik.

Di bawah syarat perjanjian, Mecomb Malaysia akan mengedarkan rangkaian produk Wallbox dan menjadi antara penyelesaian pengecasan AC pilihan untuk syarikat Sime Darby Motors, cabang automotif Sime Darby.

Sime Darby Motors di Malaysia mewakili beberapa jenama yang paling dikagumi di dunia automotif iaitu BMW, MINI, Ford, Jaguar, Land Rover, Porsche, Volvo dan Hyundai.

Pengarah Urusan Mecomb Malaysia, Ooi Sim Mun berkata, kerjasama dengan Wallbox dapat membantu menawarkan penyelesaian EV kompak premium kepada para pelanggan.

“Kami tidak sabar untuk mengembangkan perkongsian ini dalam Malaysia dan berkembang merentasi rantau Asia Pasifik di masa depan,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Naib Presiden Jualan Wallbox, Moises Barea berkata, pihaknya komited mengembangkan penyelesaian EV di seluruh Malaysia bersama Sime Darby.

“Komitmen mereka untuk kemampanan melangkaui penyelesaian pengecasan dan merangkumi keseluruhan ekosistem EV. Matlamat kami adalah untuk menyediakan produk mesra pengguna yang diterima baik oleh pelanggan di seluruh dunia,” ujarnya.

Sime Darby, rakan kongsi pilihan untuk jenama terbaik dunia dalam sektor permotoran dan perindustrian menawarkan penyelesaian hujung ke hujung untuk pasaran EV melalui penjualan EV menerusi Sime Darby Motors serta pembekalan dan pemasangan pengecas EV dan penyelesaian pengecasan EV melalui Mecomb di Malaysia.

Usaha itu adalah selaras dengan Pelan Tindakan Kelestarian Sime Darby yang menyasarkan untuk mempunyai lebih daripada 50 peratus produk cekap tenaga dalam portfolionya menjelang 2025. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN